Jualan

Saturday, May 7, 2011

~ Projek yang FAIR ~

Tarikh: 04 Mei 2011
Tempat: Dataran Depat Pusat Sumber IPGK

Agenda: Science Fair Peringkat IPG Keningau

SCIENCE FAIR - Pakcik tagap tuh adalah GURU SCIENCE tuk Inaradian...  ^^

Telah diadakan Minggu Sains bermula pada 02hb Mei sehingga 06hb Mei yang mana memaksa meminta pelajar IPG turut serta dalam acara dan aktiviti yang telah diadakan... 


Secara jujurnya, sambutan banyak sedikit hambar daripada pelatih-pelatih maktab semua, al-maklumlah, untuk minggu-minggu dekat exam nih banyak aktiviti laen juga diadakan pada masa yang sama... Namun, Inaradian selaku pelatih-pelatih Sains, perintis guru sains akan datang, menyambut minggu ini dengan redah redha sahaja... Walaupun banyak lagi kerja yang dibuat seperti Hari Keluarga, Lawatan ke Masjid KK, kerja rumah yang maha melambak, namun rakyat Inarad mampu membuat projek hebat yang dapat dipersembahkan pada Sains Fair tersebut...

Inaradian diberi tugasan untuk membina sebuah persembahan inovatif yang boleh dipamerkan sesuai dengan level sekolah rendah tahap 2... Rakyat inarad telah dipecahkan 5 kumpulan, setiap satu kumpulan mempersembahkan satu projek... 

Dengan masa yang suntuk, 5 kumpulan ini dengan adegan mereka yang tersendiri... Ada yang tukar projek lah, kondensasi mereka hangkang lah... Ada pula yang terkinja-kinja mencari magnet. Makmal pun sekor, magnet yang disediakan macam babi taik rama-rama semuanya, tidak berfungsi dengan betul... Apapun keadaan, semua mereka kreatif sangat, Plan A hangkang, mula pulak Plan B... Lagi satu, esok nak pameran, hari nih baru nak lintang pukang sediakan bahan... huhu... Mantap kan...

Untuk itu, Pixs sediakan koleksi coretan pada hari tersebut...

Kumpulan 1: Hebatnya Magnet
Projek hasil idea dan kerjasama Maira, Ain dan Pixs sendiri...
Dalam projek ini, menunjukkan hebatnya arus elektrik sehingga memusingkan gegelung kecil... Pixs pun masih tidak paham lagi macam mana sebenarnya projek nih, apapun ada jugalah yang kagum dengan program ini... huhu...

Kumpulan 2: String Phone
Hasil pemerhatian daripada Kiah, Farrah dan Shahirah...
Haa... Projek ini sebenarnya simple jeeer, tapi best~!!!... Huhu... Sebelum terciptanya handphone yang korang guna sekarang tuh, telefon tali ini adalah model asal bagai mana bunyi dapat disalurkan dari ganggang telefon rumah anda ke ganggang telefon  makcik sebelah rumah...

Kumpulan 3: Kloromatographi... Er... ntah, lupa apa nama dia... ^^v
Dalam projek ini, mereka yang berdedikasi tuh adalah Uddin, Daya, Cikin dan Ieda.
Projek yang lawa, menarik minat pelatih PSV... huhu... Projek mereka memperlihatkan cabang-cabang warna yang terdapat dalam makanan... Coklat yang korang makan tuh, sebenarnya berwarna... ... ... Coklat lah jugak, dah namanya coklat... hmmm...
Pixs harap, mereka ini dapat menghuraikann pulak warna-warna dalam kehidupan orang, Pixs mahu tahu, dalam kehidupan ini, apa warna yang ada... ^^v

Kumpulan 4: Manipulasi Pisang...  Iya ker... ^^v
Idea kreatif ini adalah sumberdaripada Bani, Arnet dan Rhod...
Huhu... Idea asas dalam  projek ini adalah membuat kertas menggunakan kulit pisang... Seperti dalam gambar, kertas berwarna coklat... Yang tuh belum jadi lagi, kena guna pemutih kasut untuk memutihkan kertas diorang tuh... Dalam menyiapkan kerja mereka, habis bilik mereka berbau pisang, monyet dalam hutan sebelah tenggara boleh hidu bau pisang tuh... ^^


Kumpulan 5: Pameran Tumbuhan Menyebarkan Biji Benih
Kumpulan 5: Juga pameran Inaradian pergi Lawatan ke Tenom
Dalang disebalik pameran ini adalah Turoi, Dmit dan Andre...
Hehe... Tuk kumpulan ini, special sikit, idea drang sebenarnya pasal bulan, tapi tidak jadi kerana kekurangan bahan... So mereka mengambil tugasan dari pensyarah untuk membuat pameran mengenai tumbuhan... Apa yang lebih menarik, mereka memperlihatkan konsep fizik dalam belon, siap buat magik lagi... Keh3... Memang banyak juga cewek-cewek kena tipu time tuh...  Magik mereka adalah dengan menyucuk belon menggunakan jarum tetapi belon tidak pecah... Waaa... ^^v

 Seterusnya dalah segmen pengadilan... Semua lah dengan mulut bocornya, segala tipu dan helah keluar, temberang juga keluar... Sebenarnya Pixs tidak tahu ini adalah pertandingan, jadi... Jadilah... Pensyarah yang datang tuh datang macam tengok-tengok jer, Pixs pun bagi penerangan yang Pixs tahu sahaja lah... ^^

Nah... Tengok, siap kena ceramah lagi... haha... Padan muka...

Juri dengan pandangan nya yang kabur-kabur...

Haaa... Laen pulak kesh disini, mengayat adalah... Semua skill dan teknik "ayat" keluar... Keh3... As-Sabooo je laaa... ^^
Akhir sekali adalah kegembiraan... Semua dapat ilmu, semua dapat gelak dan ketawa... Menambah lagi coretan dalam kehidupan... Kan3...

Acara seterusnya dalah penyampaiaan hadiah... Pixs tidak mahu beritahu lah sapa menang sapa kalah, sapa no.1 sapa akhir... Tidak juga Pixs nak beritahu yang kumpulan Pixs no. 1 pameran Sains Fair tuh... ^^v... Apa yang penting, semua projek tuh dibuat sama-sama... Alaa, projek budak-budak tuh pun nak temberang, bongkak wat apa... Yuks... ^^

Untuk itu, tahniah Pixs ucapkan kepada semua wira dan wati Inarad berjaya dalam melibatkan diri dalam projek sebigini dengan jayanya... Tahniah semua...

Semua dapat hamper, semua menang... Buka dan makan tuh hamper pun sama-sama, jadi kegembiraan pun semua sama-rata... ^^
Jika ada silap salah, terkasar type, Pixs minta maaf...
Uhaaaa....~!!!

Assalamualaikum...




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...