Jualan

"Peng..." Dan "Pen..."

PENG... PENG... PENGHARGAAN

Terlebih dahulu Pixs sebagai seorang yang beragama Islam, berterima kasih dan bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya telah memberikan nafas, idea dan kesempatan kepada Pixs membikin blog ini. Seterusnya kepada Mami dan Paps Pixs yang telah melahirkan Pixs kedunia ini dengan asuhan dan didikan yang sempurna dalam membentuk Pixs menjadi seorang insan yang baik, slamber lagi sempoi, terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka. 

Kepada roomate Pixs, yang menyokong tindak tanduk Pixs sama ada baik malah juga buruk, kadang-kadang beliau lah yang memberi idea-idea tersebut, Pixs tidak lupakan kamu, Pixs tekankan yang Pixs tidak GAY, namun apapun jua, I Love You gink. Jiran bilik a.k.a rakan-rakan Pixs, yang sentiasa bersama dalam perjuangan Pixs yang Pixs sangat sukar tempuhi, iaitu menghabiskan kuih-muih, mee maagi serta serba serbi makanan dalam almari, pengorbanan amatlah dihargai, Pixs terharu sangat. Rakan-rakan berlainan jantina Pixs, juga selaku adik perempuan dalam pandangan Pixs, jangan nakal-nakal, nanti kasi tahu bapak korang yang kamu nakal, Pixs menerima nasihat, teguran, pembetulan serta duit belanja kalau sudi dihulurkan. 
Terima kasih semua.

Segala kekasaran dalam coretan blog ini, yang mengguris dan menghiris hati sesiapa, Pixs lakukan dengan tidak sengaja kerana coretan blog ini sekadar cerita bersama. Segala susah, senang, tawa, riang, gembira, sedih, duka, haus, lapar, kenyang dan apa-apa yang berkaitan, amatlah Pixs hargai dalam pembentukan dan pengalaman Pixs menjadi manusia yang hidup sederhana ini. 


Akhir kalam, daripada Pixs kepada anda...

Jika kamu percaya bahawa...
yang buruk itu datang dari Tuhan...
tetapi disandarkan pada kelemahan Pixs sendiri...

Maka, percayalah...
bahawa sesungguhnya...
semua yang baik itu datang bukan daripada Pixs...
yang baik itu datang daripada Tuhan...
namun Pixs sampaikan juga dalam kelemahan yang ada pada diri Pixs...


Ini pantun 4 kerat Pixs

Jangan buat jenayah,
tepatilah waktu,
Wabilahitaufiq Walhidayah,
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu.





PEN... PEN... PENDAHULUAN

Terlebih dahulu, Pixs nak bagi tahu awal-awal, coretan dalam blog ini mengisahkan tentang kisah-kisah, cerita-cerita yang terjadi di sekitar IPG Kampus Keningau serta yang berkaitan dalam keluarga kelas Inarad. Inaradian adalah kami, dan kami itu ialah pelatih IPG KK dalam Program PISMP Sains Ambilan Januari 2011. Pixs selaku tukang cerita, menceritakan sahaja cerita-cerita untuk dibaca sebagai diari untuk Inaradian. Bahasa yang digunakan adalah bahasa rojak, dari bahasa Sabah, ke bahasa Melayu, ke sleng Bugis, dicampur aduk bunyi Semenanjung Malaysia, serta bahasa Inggeris. Bahasa yang Pixs gunakan sesuai dengan perkembangan kanak-kanak dalam pengajaran, rasanya lah.

Mengenai blog ini, sekadar penghibur hati para pembaca, info kepada warga Inarad dan Pixs berharap dapat menjadikan blog ini sebagai medium untuk merapatkan lagi hubungan keluarga dan persaudaraan antara keluarga Inaradian. Amin.

Coretan-coretan dalam blog ini mungkin ada penambahan, penipuan atau peneguran, pandai-pandailah selidik. Coretan dalam blog ini hanya cerita-cerita kami yang menghiburkan dan menginsafkan, inshallah. Bukakan, segarkan, posotifkan serta tenangkan hati dalam membaca cerita-cerita kami.

All Da Best 4 Dis Blog!!!!!....
Uhaaaa...!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...