Inaradian bukanlah cantuman dari perkataan Inggeris, "in a radian". Budak math pun kalau di soal, mungkin tidak pas jawab apa tuh radian. Menurut wikipedia, radian ni dia cakap dalam bahasa inggeris "is the standard unit of angular measure, used in..." eh, kejap, sebenarnya tidak perlu pun sa terangkan radian ni. hehe...
Jadi... Jadilah...
Inaradian ini memang special, walaupun, Pixs sebenarnya tidak tahu apa maksud Inarad... Hehe...
Kalau korang Google pun perkataan Inaradian, resultnya masuk jugak balik kat Blog Inaradian ini...^^
So, so lah...
Ceritanya bermula begini, suatu hari...
Di Sabah ni, terdapat banyak daerah-daaerah yang gempak dan dalam. Sabah memang unik, ada nama tempat namanya Menumbok, kalau polis tanya, mahu pergi mana, hati-hati lah jawab, ada jugak yang masuk balai tanpa soal siasat, nasib baek jugak x ada nama tempat Menampar di Sabah ini, yang ada Tamparuli jer. Ada pula nama tempat tuh Menggatal, lagi best, ni memang real, bukan cerita rekaan, hehe... Ditakdirkan, kalau lah sang isteri tanya, "Abang nak pegi mana lawa-lawa ni bang~?" Dah nama tempat Menggatal, nak jawab camna... parah wei... ^^
Jadi...? Jawab lah sendiri...
Untuk daerah-daerah yang dalam tuh, susah sket nak sampai, bukan kerana dalam tapi jalan raya tuk kereta ada yang belum disediakan lagi, pedalaman lah katakan. Untuk kelas-kelas di maktab IPG Keningau ini, kelas-kelas diberi nama daerah-daerah pedalaman, bukan PENdalaman, budak BM selalu tegur nih pasal salah tatabahasa, hehe... ^^ Antara nama-nama kelas tersebut seperti Kalabakan, Luasong, Sabur, Saliliran dan ada beberapa lagi. Jadi?... Jadilah...
Nama kelas kami sebenarnya Inarad. Sama konsep seperti Malaysian, Indonesian, Australian, Malayan Unian, Sopian, durian dan juga hantu kopeks, eh... -ian ini bermaksud rakyat atau mereka yang duduk di dalam negara tersebut. Jadi... jadilah...
Paham-pahamlah sendiri y Inarad itu menjadi Inaradian. Kenapa kami guna Inaradian? Entah, Pixs rasa melekat jer ngan nama tuh, rasanya rakan-rakan Pixs pun sama jugak.
Jika tidak kenal, maka tidak lah kenal...
Pixs ringkaskan jer...
Tag Line kami ringkas...
Veni,
Vini,
Vici...
We Came,
We Saw,
We Conquer...
Pixs ada jugak berharap mau jenguk-jenguk daerah Inarad ini, dapat juga pengalaman merantau. Peluang itu mungkin ada, cuma belum tiba masanya.
Tuh jer lah yang dapat Pixs coret tuk In_A_Radian nie...
Minta maaf, no. tel tidak dapat disediakan.. Maklumat lanjut, sila Google jer... hehe... ^^
Uhaaaa... !!!