Jualan

Wednesday, May 4, 2011

Lap Pen Har Kel

LAPORAN PENUH HARI KELUARGA

Tarikh: 1 Mei 2011
Perkara: Hari Keluarga JKM IPG
Tema: Ukhuwwah Di Semai, Dakwah Di Tuai



Assalamualaikum…

Tercoretlah sebuah cerita, warga Inarad yang beragama Islam telah menyertai satu program Hari Keluarga anjuran JKM IPG. Untuk geng-geng yang lain tuh, jangan ambil hati yeee, minta maaf lah, huhu… Nak jemput korang sebenarnya, tapi takut nasi dan lauk korang abiskan, jadi… Jadilah… keh3… Nanti kita sama-sama wat hari keluarga Inaradian pula, ok…. ^^


Di ceritakan pada hari itu AJK Masjid IPGK telah mengadakan suatu program kecil-kecilan yang mana dihadiri oleh beberapa orang pensyarah jemputan termasuklah Timbalan Pengarah IPG sendiri hadir dan menyertai program yang disediakan. Memang sporting lah dia beb, idola Pixs yang paling dekat dalam maktab nih… ^^

Pixs malas mahu cerita pepanjang, jadi… Jadilah…
Pixs sediakan laporan berbentuk pikca menarik yang kompom punyalah menarik… ^^
Besa lah, Pixs budak sains, tidak skema, hensem dan sedikit macho, laporan berbentuk lakaran adalah feveret… Pemalas sebenarnya… ^^

Sebelum meninjau pikca-pikca tuh, minta tolong letak sedikit pemanis pada senyuman, buang semua kekusutan, semoga pikca-pikca ini membawa nur (nur = cahaya, bukan Nur - Haliza Anak Bachok ) pada hati anda semua…
Inshallah…


Untuk persediaan, malam tuh banyak persediaan dilakukan... Untuk subuh pula, dah ada yang masak khas tuk serapan pagi...

Belon berisi air disediakan untuk kegunaan sukaneka...

Susun kon beb... Pagi2 tuh...

Tenaga ADAM tidak cukup, paksa lah guna tenaga HAWA... Ala, ringan ja pown... ^^

Pagi tuh, serapan dulu, oleh kerana makanan takut tidak mencukupi, terpaksalah makan kut nama... Nama yang tiada dalam list automatik OUT~!!!... ^^

Serapan mee goreg kaki ular... Sodaaaap weeeh....

Haaaah~!!! Ini lah bapak pengurusi tuk program Hari Keluarga tuh... Amcam, ada macho??? ^^v
Dalam kesibukan dalam menyediakan program itu, semua pun sibuk, semua pun merasa penatnya... Namun dengan kerjasama yang diberikan, pheh... Semua kerja terurus dengan lancar, mantaaaap gitu... Untuk pengerusi yang mempunyai masalah gugup dalam berucap, beliau telah berlatih agar ucapan beliau hebat, biar bangga sikit AJK bawahannya dengar pengerusi diorang berucap... ^^
Antara latihan beliau adalah melalak dengan teknik menegang urat tekak, melatih suara agar keluar time berucap nanti... Kalau tidak percaya, nih Pixs beri bukti kukuh...Keh3...


" Uuu..... Haaaaaaa.... UUU~!!!!!"

Seterusnya selepas bacaan doa, disusuli pula ngan ucapan pendek lagi ringkas pengerusi program... Kejap ja pown, tidak sampai 2 minit berucap... Hmmm... ^^

Adegan seterusnya adalah sukaneka... Aktiviti yang dirancang dengan rapi, bertujuan menyiksa JKM sekalian... Keh3... Terima kasih kepada semua JKM semua kerana memberikan jiwa dan wajah sporting anda dalam memeriahkan lagi Hari Keluarga ini dengan senyuman dan tawa yang berwarna-warni... ^^

Pixs lekatkan kepingan-kepingan kenangan sewaktu sukaneka tersebut berlangsung... Pixs lekat sikit jer kerana tidak mahu expose lebih-lebih pikca-pikca tuh, lagipun bukan pikca Pixs pun...

Hadiah bernilai RM 1500 tuh...~!!! Pasti menjadi rebutan, muahaha... ^^

Untuk sukaneka pertama adalah sukaneka Baling dan Sambut Belon, lantak lah baling macam mana, sambut camna... Apa yang penting??? Bukan kerjasama tetapi yang penting menang... keh3...

Sudah ready untuk menang...

Apa yang penting time bergambar adalah... Pozing... ^^

Budak  tuh lah  yang banyak jatuhkan belon, nyaaris kumpulan Pixs kalah... ^^

Permainan ini memerlukan teknik dan kepakaran, lihat sahaja keberkesanan cara Ummi menangkap belon.. "Biar baju budak basah, asal MANANG~!!!" kata beliau...

Sukaneka seterusnya adalah Telefon Karat... Dengar sahaja tajuk acara dah telinga takut, bekurap lah telinga kalau begini... Apapun, janji manang, korban juga telinga tuh... Dalam permainan ini, telinga perlulah bersih, kalau mahu, di mandi wajibkan sekali telinga tuh, biar hilang najis telinga tuh, biar jelas sikit pendengaran... ^^

Permainan ini mudah, maklumat disampaikan dari orang pertama dan seterusnya kepada peserta lain secara bergilir... Tetapi dalam menyampaikan maklumat tuh, beberapa halangan diberikan, biar sedar sikit
ke-nyanyuk-kan yang ada pada JKM nih...^^

Apa yang diorang hafal??? Mudah jer pun...

MEMERANG TERANG
LARANG KERANG
PERANG BERANG
SERANG RERANG
TRANG TANG TANG

Haaa.. Terkulut lidah hang... Yang atas nih idea pertama, tapi dibatalkan, mudah lah katakan... Jadi... Jadilah...
Berikut adalah maklumat sebenar yang mereka hafal...


Cik.Sini ke sini mencari
 Cik.Sana Cik.Sini
berdiri sana sini
memanggil Cik.Sana
ke sini lalu Cik.Sini
jumpa Cik.Sana di sini

Haaa... Memang nyanyuk orang hafal nih benda... Keh3...

Mula-mula taklimat tentang sukaneka, diorang suma exited, tidak dengar cakap langsung.... Arg~!!!

Ini antara kumpulan yang digeruni, penghafal terpantas nih... Tapi belum tau sapa hebat... Keh3...

Itu dia, penghafal dari pasukan Pixs... Chaiyoo~!!!... ^^ Pixs tidak join, kompom lain maklumat jadinya nanti...keh3...

Jeng... Jeng... Jeng... Masa ada 1 minit lagi~!!!  (psycho jer)

Pixs satu patah perkataan pun tidak hafal, dia boleh senyum lagik, magik betul... ^^v

Keh3... Susah ker???~ ^^
 Lepas jer siap  menghafal, peserta berlari mengundur ke peserta kedua dan menyampaikan maklumat. Peserta kedua kemudian berlari mendapatkan pisang dan... apalagi, makan lah... ^^

Kejadian trauma apabila bertemu pisang...

Pisang tuh pisang jenis besar punyaaa... Memang 2 orang mahu abiskan pun ambil masa berzaman... Keh3...
 Seterusnya peserta ketiga mendapat maklumat dan meniup belon sehingga pecah... Belon yang mahal okey... Kalau tiup pun, siap boleh keluar udara dari laluan punggung bawah... ^^v

Emm... Dah 4 jam dah nih...

Gara-gara melihat hamper RM 1500, inilah jadinya nih...
 Aksi seterusnya, maklumat diberikan kepada pasangan yang kaki mereka berikat...

Haaa... Dah ada 2 kepala pun masih pening-pening lagi... ^^

Naaah, kali ini peserta yang kakinya di ikat sama mengingatkan... Apa nak jadi, jadi lah... ^^
Seterusnya, peserta akhir putar alam dan laaaaari kegarisan mula untuk mencatat maklumat..

Saya put-tar Halim~!!!

 Hasil dari permainan ini, maklumat yang diberikan memang macho dan hensem, siap dengan tulisan yang lintang pukang, cakaran ayam lebih cantik dari tulisan mereka ini... ^^ Apapun, mereka tetap enjoy~!!! Itu yang penting... Kan3...


 Sukaneka ketiga... Jeng... Jeng... Jeng...

Ada nur pada bukit tuh...
Paham napa adanya tepung tuh??? Haaa... tuh tepung khas tuk sukaneka ini... Keh3...

Keh3... Berkat sukaneka kami time tuh... Alhamdulillah... ^^
 Hehe... sebenarnya sukaneka ini diberi nama Tiup Tepung Bergilir... Mudah sahaja, caranya tiup tepung secara bergilir sehingga kertas yang ingin di hafal terbuka... Itu jeer... ^^


Haaa... Gerun jugak nampak tepung tinggi gitue...

Tuan timbalan sendiri masuk menyertai sukaneka ini... Tahniah untuk tuan~!!!

Kami ada Ummi yang sporting sangat... TQ Ummi...

Sebahagian kumpulan Pixs...

SKOR BOARD YANG MENJADI BUKTI BAHAWA KUMPULAN 2, KUMPULAN PIXS MANAAAANG~!!!! ^^

Berikut adalah sukaneka yang ditambah bagi memuaskan hati JKM yang sporting tuh... Mereka mahu gembira, kita bagi segembiranya... Cehhh... ^^


Saat kucar dan kacir mencari idea, nak bagi sukan apa kat mereka nih??... ^^

Untuk itu, inilah peserta untuk sukaneka individu, siapa menang, dia dapat hadiah sendiri...
Dewi-dewi yang menyertai sukaneka individu... Semangat beb....



Exited... Kih3...

Kalau tewas di tangan cewek, memang malu nih... ^^

Kategori pensyarah pun ada... Sapa menang??? kedua nya sama hebat... ^^

Kategori anak pensyarah juga ada... Lagi seronok di lihat aksi dan gelagat mereka...

Acara sudah bermula... Capat~!!!


Apapun, dalam melaksanakan kesemua acara dan aktiviti ini, ada beberapa orang kuat yang terlari dari pandangan kita semua... Mereka ini sebenarnya tidak patut kita lupakan... Pixs menghargai kehadiran mereka dalam program ini, oleh itu Pixs ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kerjasama mereka dalam menjayakan Hari Keluarga ini... Oleh itu, Pixs selitkan sedikit pikca-pikca mereka... ^^

Kalau sapa pandai SAJAK tuh, testing lah sajak Pixs nih... ^^

KAU TETAP PUJAAN HATI~

Mereka tetap di sisi...
Tiada marah dan benci...
Bekerja dengan suka hati...
Hi...

Hi hi hi...


Mereka penuh dedikasi...

Mereka penuh teliti...

Yang ini penuh kontroversi....

Mereka pantas mengatur situasi...

Mereka tekun dan disegani....

Namun untuk ayam yang di kagumi...
Kenapa di hidang sikit sekali~~!!!

Kenapa di masak hilam berkali-kali~~!!!

Kamu semua dengar sini~~~

Kamu tetap KAMI sanjungi....
Untuk semua lelaki....
Ucapan Pixs ikhlas dari hati...
TERIMA KASIII~~~~Hihihi...

Okey... Habis sampai di sana, Hari Keluarga melalui pandangan Pixs berjalan lancar walau ada sedikit gerabel atau lubang dalam perjalanan tuh namun sesekali tidak menghentikan program hari itu...

Apa yang Pixs kagumi, program Hari Keluarga JKM pada hari itu membuahkan hasil yang mewarnai coretan kehidupan Pixs... Terima kasih semua... Hasil program tersebut Pixs lampirkan dalam lembaran di bawah... Pixs tunjukkan sedikit jer, malas nak tunjuk bebanyak...

Sebelum tengok pikca di bawah ini, kalau boleh kiranya, bukalah lagu English dendangan BRUNO MARS bertajuk "JUST THE WAY YOU ARE" ... Selamat mendengar....






Semoga dengan pembacaan Lap Pen Har Kel ini mampu membuat anda tersenyum... No heart feeling~!!! ^^

Pixs harapkan hubungan kekeluargaan kita semua kekal.
Tiada kawan... Tiada sahabat... Tetapi cuma persaudaraan yang disalutkan dengan kasih sayang sesama Islam...

Jika anda semua yakin bahawa yang SALAH dan BURUK itu datang dari Allah namun disandarkan pada kelemahan Pixs,
Maka,
yakinlah bahawa semua yang BAIK itu datang daripada Allah namun Pixs tidak dapat sampaikan dengan sempurna kepada anda...


Manusia biasa selalu membuat kesilapan...
Oleh itu juga, Pixs seorang manusia biasa....

Jauhi jenayaaaaah~
Tepati waktu~~~~
-
-
Nah, sambung sendiri...

TQ SEMUA....

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...