16 Mei 2011
Hari Istimewa: Hari Guru
Khas Kepada Mereka Yang Bergelar Guru
SUMPAH GURU
NUKILAN : NORASHIKIN MOHD JOHAN
PISMP SN AMB. JAN '11
IPG KENINGAU
BERDIRI DI SERAMBI INI
MENJADI MAHAGURU BUAT SI PENCARI ILMU
TERSEKAT DI DIMENSI INI
BERDIRI DI ALTITUD TINGGI
KERANA GURU MILIK SEGALA ILMU
TERSEMBUNYI DI CERUK BELANTARA
DIGEMPARKAN PUJANGGA SAKTI
TERSEPIT DI TENGAH KOTA RAYA
SAYUP-SAYUP DICANANG MERESAP KE KOTAK FIKIR
DISEMAI BENIH ILMU
DIJAGA PENUH INTEGRITI
LANTAS BERPUTIK TUNAS IDEA
BERCAMBAH MENJADI IDEOLOGI TERAGUNG
SEMUA BERMULA DARI PARA GURU
BUKAN PANGKAT YANG DIKEJAR
BUKAN NAMA YANG DIMAU
BUKAN PUJI YANG DIINGIN
INI JANJI YANG DIKENDONG
AMANAH DAN SUMPAH YANG DITANGGUNG
MEMANGKIN TRANSFORMASI GENERASI BARU
MENJADI DINDING BATU TEMBOK
MENUNJANG KUAT MEMAKSI TEGUH
ANDAI GOYAH TERLEPAS DARI BAHU
LANTAS BERDERAI SEOLAH KACA TIADA TERCANTUMKAN
MUNGKIN BERIBU DENAI HARUS DISUSURI
KADANG BERDERAI AIR MATA, MENITIS-NITIS
MENCABAR IMUN SABAR JUGA RASA
MENJENTIK EGO SEORANG MANUSIA
DIHAMBUR SUARA SELURUH SEMESTA
DICANANG DAN DITABUR KATA
DICEMARKAN DUNIA OLEH SI RAMAH BERDUSTA
TAK AKAN DERHAKA AKAN JANJI DAN SUMPAH
ANDAI TERGANGGU FREKUENSI DETAK JANTUNG
TERGENDALA DENYUT NADI
SISTEM SUDAH TIDAK MAU BERFUNGSI
IZRAIL SUDAH DI SISI
RABBUL IZZATI SUDAH MEMANGGIL
BIAR PERGI DENGAN MARTABAT
BIAR DOA-DOA YANG MENGIRINGI
JANGAN TERARUH OLEH CACI MAKI
BIAR BAKTI DALAM MEMORI
BIAR LEKAT GELARNYA GURU
SELALU SELAMANYA.
No comments:
Post a Comment