Persediaan Menyambut Hari Guru Inaradian
07 Mei 2011
Tempat: Kelas Inarad
Agenda: Membuat Coretan Banner
Lakaran pertama untuk banner Inaradian sempena Hari Guru |
Dalam persediaan menyambut hari guru yang akan disambut tidak lama lagi iaitu pada 16 Mei, Inaradian telah menyediakan sebuah kain rentang bercoret keguruan, sebagai simbol kami dalam menyokong profession keguruan ini.
Tema Hari Guru pada tahun ini adalah...
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Secara ringkasnya dalam menyiapkan kain rentang ini, satu design telah di reka... Mahu diceritakan, design tersebut tercipta dalam masa satu malam dan di sambung pada waktu pagi keesokan harinya... Huhu, kerja last minit tuh...
Kemudian, peralatan yang disediakan adalah seperti berikut....
1. Kain rentang
Inaradian memilih kain rentang berwarna Pink sebagai simbol jambu... buuu.... buuu.... ^^v
2. Surat Khabar laaaaaama.... (Apa beza lama dengan laaaaaaama?)
Terguna untuk melapik lantai dari terkena kotoran najis, cat dan warna... |
3. Berus dan tempat berus
Terguna khas untuk alat mencoret kain... |
4. Pelaka/Cat khas untuk kain
Terguna dan memang patut pun diguna sebagai bahan mencoret... |
Dari jam 9.30 pagi sehingga 2.23 petang, kerja melukis, mewarna dan mencoret selesai...
Alhamdulillah...
2 mamat yang penat namun gembira setelah selesai menyiapkan banner... TQ guys... |
Nukilan unggul dalam banner Inaradian adalah cap-cap tangan dari setiap ahli Inaradian dan ini adalah salah satunya... |
Tidak ada kena mengena dengan salah seorang ahli Inaradian... ^^v |
Laporan telah disediakan oleh Che-Key, Agen Bonzai 0.07 Inarad.
Untuk laporan dan malumat lanjut, sila layari blog TrainOfLife... Silalah berkunjung ke blog beliau iaitu trainoflife.blogspot.com yang mana melaporkan saat dan detik kejadian mencoret banner berlaku... ^^
KLIK UNTUK MASUK KE LAMAN LAPORAN |
Terima kasih kepada Che-Key dengan laporan yang telah di sediakan...
^^v
Hehe... Mudah kerja sa...
No comments:
Post a Comment