Jualan

Monday, March 28, 2011

Muk Kam Di Fes Buk !!!...

Tempat: Atas kerusi, Depan laptop, Halaman Inaradian~
Masa: Selain 7:00 AM - 5:00 PM Isnin Ke Jumaat
Tarikh: Tiada tarikh khusus

Halaman Private Kami... ^^


Tempat untuk ahli-ahli Inaradian ini untuk bercerita, bertemu, berketawa, bertampar, bergaduh cuma dalam kelas. Start sahaja waktu pulang, melimpasi keluar pintu gerbang Inaradian, laki-laki dan bini-bini wat hal masing-masing. Laki-laki terus lah direct pulang bilik terus berhanimun, ada jugak yang pergi masjid. Bini-bini, kalau tidak singgah kafe IPG, terus pergi bilik, tidak tahu wat apa, nanti Pixs intai sikit.^^
Lalala... Lala..

Beginilah rutin harian kami, mantap kan? ^^ Kadang-kadang tu ada lah juga makan di kafe tuh sama-sama, tapi Pixs jarang join, Pixs ada temu janji dengan no. telefon 019-8.. .. ..~ ^^
Bukan Pixs tidak mahu join, cuma tohau, maggi, limau, belacan, lelada, tisu dan pinggan mangkuk tuh sapa nak layan diorang kalau Pixs makan di kafe... Apapun, ahli-ahli Inaradian saling memahami, komunikasi tetap ada, interaksi tetap berlaku, semua dengan hal masing-masing kerana... ... ... Adalah tuh hal masing-masing...

Sekarang teknologi canggih apa, kami guna la jugak teknologi tuh, bukan tepon tapi laptop dan wireless yang disediakan. Dalam Inaradian, semua kaki ada, cakap jer mahu kaki jenis apa... Kaki Dota, kaki mak Datin, kaki ayam, kaki monyet tuh memang lah, tidak lupa jugak kaki FB...hehehe... Semua perbincangan kami jalankan dalam FB, jimat, cepat dan mudah. Sebuah halaman Inaradian~ telah di buka khas untuk kami menconteng apa-apa kejadah dalam tuh, kami-kami jugak pown, bukan sapa-sapa nampak. Oleh itu, semua tugas, olok-mengolok, cerita lucu dan semualah yang tergendala dalam kelas tadi memang disambung dalam halaman tuh... hehe... Best kan... ^^

Asal cerita tidak habis di kelas, diorang balik, buat peta corak air kejap, jam 5.01 petang nanti sambung balik. Sambung tyme air masih meleleh lagi... Hihi...

Muk Kam di Fes Buk... ??? (bahasa Bugis Modern)

Maksudnya, muka-muka kami di FaceBook, sedikit bahasa Bugis buatan dari Pixs untuk semua...hehe... Pixs tunjukkan pikca jer, nama tuh masih private, untuk lelaki, Pixs kasi kabur siiiiiiikit jak nama kamu tuh, mana tahu ada awek lalu blog nih dan melekat pada satu pikca, razeki lalu namanya tuh... ^^

Maaf lah, kena coret-coret pulak dah... ... ... ^^v


Setahu Pixs, rakyat Inarad ada 16 ekor jer, apsal bertambah kepada 17 ekor nih... 
Ini lah kesalahan Pixs, lalai dan gagal dalam mencari line clear dalam menconteng, selama Pixs puas mencarut, mengata, menggila dalam halaman Inarad~ ni, rupanya seorang daripada kami tuh pensyarah Inarad, Ustaz lagi tuh... Minta ampun ustaz... ^^

Kepada yang berminat mahu ADD kami dalam list kawan FB anda, nawaitu anda kami hargai... Carilah pikca-pikca kami tuh... Tidak jugak selalu ubah pikca, baru kejap tadi tukar baru, untuk pertukaran yang seterusnya mungkin ada yang sebulan sekali tukar pikca baru, seminggu berkali-kali, sehari 7 stengah kali... huhu...

Bersambung... ... ...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...