Jualan

Saturday, March 26, 2011

Gempaknya PBS Fasa 1, Inaradian




Uhaaaa… Bermula dari 21hb Mac hari tu, semua jantung yg berdegup dalam Inaradian berdegup keresahan, takut dan tidak tahu apa yang mahu dibuat tyme PBS nti. Hehe… So… Pixs sediakan sedikit laporan keseluruhan dalam PBS Inaradian.


Dalam Inaradian, telah dibahagikan kepada 4 groups. Setiap groups dibahagikan mengikut pemandu, hasilnya setiap groups mempunyai seorang yang pro dalam mengendalikan kereta. Group pertama, dengan pemanduan beretika, wanita chubby dari Inarad, cool ketika memandu, beliau ialah Farrah dengan 3 penumpang beliau, 2 gadis molek, setinggi bonzai, iaitu Che’ Kiah dan Che’ Shahira dan seorang budak tagap mata sepet ala korea sesat iaitu Arnett.






Group kedua, pemandu hebat, dengan stail pemanduan sebelah tangan terpacak di tingkap, pemandu cekap taraf 5 tahi bintang, beliau adalah Akmal, dengan membawa Ustat Bani dan mat macho, Rhodeon serta seekor monyet liar hampir jinak dikenali sebagai A’in a.k.a Erika… ^^ 




Group seterusnya, beliau sangat “muda” dalam Inarad, macho tidak lah sangat, tetapi mampu mengeluarkan kata-kata pugai kepada gadis-gadis, pemandu kereta yang cool, beliau adalah Dimitri E., membawa 3 orang penumpang, bonzai berlalat a.k.a Shahida, mr. serius tatap sempoi dengan gaya penampilan terhebat iaitu Andre serta penumpang ke-3, pengasuh Kogi (nama seekor ayam) bernama Hidayah.






Group last, beliau dengan rambut terpacak miring dibelakang, menampilkan pemanduan yang lancar, memilih selok-belok perjalanan yang mantap, beliau ialah Azroy Pelupa Kunci Dalam Kereta… ^^ beliau membawa seorang lelaki sempoi, lg hensem, lagi macho, semua lah yang baik2 ada kat dia… Tentulah Pixs sendiri… ^^ Azroy juga membawa 2 minah, seorang minah raja fesyen, penampilan anggun? X juga, dan minah yang dinyatakan ialah Che’ Syikin. Seorang minah pula, seorang straight to the point, bukan sedikit tetapi banyak ROCK nya, yey yeah dan arrggg, minah tersebut ialah Humaira.




Selama seminggu dalam pemerhatian di sekolah terpilih masing-masing, memang kecoh. Gelak ada, tawa p nada, siap dengan gurau senda, ada yang best, ada yang gempak, ada yang meletop dan ternyata tidak aka nada pengalaman yang DOWN atau tidak bagus dalam PBS. Ada group yang hari pertama sudah jadi penjual kasut, siap tapau lagi, ada pula yang hambar namun semakin ceria untuk hari seterusnya. Untuk maklumat lanjut untuk cerita2 mereka, layari blog-blog ahli Inaradian, pastinya cerita mereka tidak sunyi dengan senyuman anda.

~ Walau,kita terpusah jauh~ Namun  hati kita selalu dekat~ Bila kau pejamkan matamu~ Dan rasakan a~a~a...a~ ku... ~ 
Sedap kan Pixs nyanyi, jan risau pasal cuaca sekarang, memang hujan tidak menentu... ^^

Walau ahli Inarad terpisah untuk setengah hari, namun hubungan mereka telah dieratkan lagi dalam perbualan sambil melantak di restoran-restoran tersedap di Keningau. Tidak sampai di sana, sambung lagi melantak makanan di bilik sambil mulut bising bercerita. Semua tidak mahu mengalah, dia lah hebat, dia lah kena lamar, dia lah cikgu ter-ensem, namun apa yang pasti pengalaman tetap dikongsi.Kan... Kan... Kannn...

Kesimpulan ringkas, PBS tidak akan hebat jika kehebatan tersebut hanya dipendam dalam hati. Oleh itu, cerita-cerita anda memang patutpun kena kongsi, biar semua rasa pengalaman yang sama, tidak kisahlah dalam cerita tu ada otramen, spongbob atau doraemon, biar pendengar rasa cerita kamu hebat. Sebaiknya, ceritalah apa yang terjadi, kalau pantun anda hambar, ceritakanlah ia hambar, kerana dalam pengalaman itu ia menjadi sunyi, namun dalam penceritaan ia menjadi riuh… ^^

PBS berakhir pada 25hb Mac... ... ...

Orang normal selalu buat silap… … …
Sekurang-kurangnya Pixs ini orang normal… !!!!

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...