Jualan

Tuesday, September 18, 2012

Exploration At Maliau Basin

Alam Maliau Basin

Biodiversiti 2012

14 - 16 September 2012




Permulaan kata, sa susuli dengan...
Pheeeehhh... Punyalah lama tidak entry nih blog... kih3... 

Agak lama Inaradian menyepi, sebenarnya ada jugak program yang telah berlaku sebelum nih, tapi program tuh kecik2 jak, tidak semangat nak heboh kan... Apa pun, entry kali ni pasal .. .. ..

Hiking & Jungling & Travelling & semua la yang ling2 
MALIAU BASIN~!!!


Maliau Basin? Tidak tahu???


Menurut buku, Maliau Basin nih merupakan hutan simpan kelas pertama, dijaga untuk tujuan penyelidikan dan sektor ekonomi... Melalui pemerhatian, memang nampak sangat hutan memaaaaanjang ja dalam Maliau ni...



Perjalanan 3 hari tuh bertentetifkan seperti berikut:

Hari pertama,
Bertolak ke Maliau
Sampai dan terus makan tengah hari di Study Center Maliau
Dekat Stady Center Malaiau tu, ada Canopy Walk, memang di layanlah tingginya
Jam 2 petang hari pertama, bertolak ke Agatis Camp
Sampai Agatis, Night Walk dan bermalam

Hari kedua, 
Pagi bertolak ke Nephentis Camp sejauh 7 KM...
Naphnntis Camp ke Air Terjun sejauh 3 KM
Bermalam di Nephentis Camp

Hari ketiga,
Bertolak balik ke Agatis Camp, 7 KM lagi lah jawabnya...
Tengah hari sampai pastu bertolak balik...
Sampai IPG dalam jam 10 malam...



Science Crew, Inaradian telah meneroka alam Maliau Basin selama 3 hari, mengkaji biodiversiti dan melihat keindahan alam... 

Pheh... Cantek apa hutan nih...
Tengok lah sendiri... ^^



















Memang banyak lah pikca2 yang di ambil... Serius, dalam banyak2 pikca yang diambil, satu pun tidak tahu apa nama dia, maen redah jak tangkap gambar... Kih3... Asal sedap mata memandang, cantik, dan unik... Banyak lagi, dekat 2000 pikca yang diambil, tapi pecah jugak nak aplod di blogger nih... hehe...

Paling best kat Maliau Basin adalah air terjunnya... Rahasia terbesar yang sa mahu kongsi adalah

AIR TERJUN MALIAU BASIN BERWARNA MERAH KEHITAMAN....







Sebab kejadian adalah hakisan batu dan campuran bahan kimia (ntah apa nama dia) semula jadi terbentuk di hulu sungai...

Air sungai tu jugaklah yang semua warga Inaradian minum... Mujur semua perut getah tayar, tidak jugak sakit... hehehe...


Pengalaman ngeri konon2 nya adalah pacat... Tapi paling ngeri adalah perjalanan pendakian ke Kem Nephentis, 7 KM macam tidak sampai2, adedei...


Apa yang penting, pengalaman yang telah diperolehi di sana amatlah bermakna...

Semua pun teruja dengan pengalaman berada dalam kereta 4WD, meluncur dalam lumpur-lumpur dalam... Pheh... Deabak... Hahaha...

Ada yang nangis pasal daki bukit (Humaira), nangis pasal pacat (Shahirah), nangis pasal tidak sampai-sampai (semua), nangis pasal terseliuh (Dayam n Shikin), nangis tidak kena sedut pacat pun ada... 

Nampak babi @ khinzir, payau, gajah, burung, monyet... Dan dalam kelibat haiwan2 nih, memang gelabah, sampai tidak sempat nak tangkap pikca... Melepas... Dalam 5 saat melihat haiwan tersebut, suatu perkara yang menyeronokkan banyak berlaku... ^^

Makan reramai dalam hutan, lepak n rehat serta santai dalam hutan, minum air mentah merah, jatuh ibarat nangka busuk, kaki krem, peha krem, beg koyak, kepanasan yoko-yoko, berebut maggi, dan macam-macam gelagat... Pheh... Lucu jugak... Hahaha...



Kredit sa sampaikan  kepada Norashikin dan Zakiah, serta setiausaha sa... 
Serius dalam program nih, sa hanya mandur yang bangang yang tidak tahu apa-apa... Bermula dari perjalanan program hingga pembayaran dan pengakhiran, mereka lah orang penting... Kredit kepada wira-wira Inaradian yang lain, membantu girls2 yang laen meringankan beban... Sa akui tidak dapat jalankan tugas dengan baik... Shame on me...

Sa sebagai pengurusi program memohon seribu kemaafan andainya program ini membebankan korang semua... Kalau sa tahu program ini membawa lebih keluhan daripada pengajaran dan pengalaman, sa awal-awal lagi dah tukar program nih kpd yang lebih mudah dan seronok... : (

Apa yang sa harapkan dalam program ini, semua bersetuju dengan sa bahawa pengalaman inilah yang semua orang tunggu-tunggu...
Biar pada awalnya kena pacat, jatuh nangka, pecah kaki jika nanti hasilnya membawa satu kepuasan...

Kita telah mendaki Maliau Basin
Kita berjaya sampai ke Nephentis Camp


Bukan senang tuh mau naek...
Sa cover2 nak bagi senang ati kamo jak nih... Ngeee


Laporan ini untuk kamo semua...
Biar kenangan pahit, manis kita tempuhi bersama...
Maaf yeee andai tersilap budi dan bicara...
Biasalah, kita semua manusia biasa...

Sa tidak sempurna....

Tunggu lah untuk laporan akan datang untuk program akan datang..
Inshallah...
^^









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...