Jualan

Saturday, August 6, 2011

Menyahut Semangat Kemerdekaan 2011

Masa: 05 Ogos 2011
Tempat: IPG Keningau

Tema: Bendera Terpanjang IPG Keningau



Sempena bulan kemerdekaan, IPG Kampus Keningau merancang sesuatu aktiviti luar jangkaan yang mana melibatkan semua pelatih IPG Kampus Keningau. Aktiviti tersebut adalah mengibarkan bendera Malaysia terpanjang yang pernah IPG K. Keningau adakan. Malahan, kemungkinan IPG lain juga belum pernah melakukannya.



Acara mewarna kain rentang sepanjang... (ntah, tidak pasti pulak...) dimulakan oleh Yang Dipertua Perwakilan Pelajar, a.k.a jiran bilik dan classmate Pixs iaitu Dimitri Elmer Gukor. Perasmian mewarna tersebut dilakukan dengan meriahnya.

"Yang ini ka itu mau di warna?"

Dengan malunya beliau berkata, "Sia warna a..."

Masih lagi malu-malu kuching...

Dengan konfidennya YDPP telah mewarna bendera tersebut...


Beberapa gambar telah di "snap" pada petang tersebut...

Acara menghamparkan kain... Panjang wooo...

Acara menggariskan bendera yang dilakukan adik-adik junior yang hampir comel dan hampir cute...

Wakil Opsyen PSV menunjukkan cara terbaek dalam mewarna...

Acara mewarna bermula...

Setelah 45 minit...

Mereka yang bekerja keras...

Kerja sama yang padu...

Penulis menandakan trademark pada bendera... Lantaklah apa diorang mahu kata...

"When I like it, then I snap it"

Aktiviti mewarna disambung pada keesokan harinya oleh pelatih-pelati IPG yang lain.
Tepat jam 2.35 petang, semua bahagian yang ingin diwarna telah habis diwarna...


Bendera yang belum di sambung... Bayangkan apa akan jadi apabila disambung... Hmmm~


Semoga semangat kemerdekaan ini terus menerus kita semarakkan, bukan hanya pada bulan Ogos semata-mata, tapi biarlah kita hayati perjuangan datuk nenek moyang kita dahulu dalam mempertahankan maruah dan tanah air kita...

Merdeka~!!!
Merdeka~!!!

MERDEKA~!!!


Biarlah tetap merdeka... 
^^v

Ucapan dari Pixs


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...